Perkara pertama yang diajar adalah cara-cara untuk 'branding' diri dan mendaftarkan blog. Cara pengajaran yang digunakan dan modulnya adalah ringkas dan mudah difahami. Bagi saya, sekiranya ia diikuti oleh seorang surirumah yang tidak pernah mempunyai blog pun, saya pasti dia akan dapat mengikutinya dengan mudah. Ini adalah sejajar dengan matlamat kelas ini untuk meramaikan lagi peniaga online di kalangan ibu yang bekerja dari rumah (juga dikenali sebagai WAHM)
Guru online saya, Puan Zaila Mohamad, adalah seorang yang berpandangan jauh dan nampak akan potensi sesuatu 'niche' blog itu pada bentuk perniagaan yang akan dilakukan. Beliau tahu tajuk dan bentuk penulisan bagaimana yang mampu menarik perhatian pembaca. Sekiranya mempunyai sebarang masalah, adalah mudah untuk berhubung dengannya kerana beliau memang beroperasi secara online.
Masalah utama saya cuma pembahagian masa untuk mengemaskini blog, walaubagaimana pun, ini lebih kepada masalah saya sendiri kerana ia memerlukan semangat dan komitmen yang tinggi. Jika menilai dari galakan dan sokongan guru, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada perkara tersebut.
Kebaikan kelas begini ialah ia memberi peluang untuk golongan ibu yang mungkin menghadapi masalah untuk menghadiri kelas secara online. Ini kerana ibu-ibu tidak perlu meninggalkan rumah pun untuk menghadiri kelas ini. Cadangan saya, mungkin di masa akan datang boleh diadakan sesi perbincangan seminggu sekali di dalam group chat FB di antara guru dengan para pelajar.
Bagi ibu-ibu yang berminat untuk menghadiri kelas ini, boleh menghubungi Cikgu Zaila Mohamad dan maklumat tambahan boleh didapati di sini atau sini.
Selamat berniaga online ibu-ibu semua!!