Sunday 10 November 2013

Pengenalan

Saya Munira Mustafa Kamal merupakan seorang ibu kepada dua orang anak. Saya bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat pengeluar roti dalam bidang ISO dan Halal. Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan yang saya perolehi untuk ibu mengandung dan 
berpantang moden. 

Pengalaman saya mengandung sebanyak 4 kali (2 kali keguguran) sedikit sebanyak mendedahkan saya kepada pengetahuan-pengetahuan berkaitan yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini.

Sebelum ini saya menyangkakan ibu keguguran tidak perlu berpantang, tetapi rupanya ibu keguguran berpantang adalah sama penting dengan berpantang biasa. Pemulihan selepas keguguran membantu memulihkan badan ibu untuk proses mengandung yang seterusnya.

Saya bukan seorang yang pakar dalam bidang ini, tetapi saya percaya, pengalaman saya dan pengalaman saya walaupun sedikit, mampu membantu ibu-ibu di luar sana, terutama bagi ibu-ibu yang pertama kali mengandung. 

Penjagaan ibu mengandung adalah sangat penting kerana ia akan mempengaruhi bagaimana proses kelahiran itu akan berlaku. Pemilihan kaedah bersalin juga memainkan peranan penting, begitu juga dengan 'birth plan' yang mula menjadi amalan ibu-ibu masa kini. "Ini semua akan cuba saya kongsikan di dalam blog ini.

Berpantang masih relevan pada masa kini. Ia membantu ibu-ibu untuk pulih dengan cepat dan menyambung aktiviti seperti biasa. Apabila tempoh berpantang tidak dipatuhi, ia boleh menimbulkan masalah kesihatan pada ibu di kemudian hari, sekaligus menganggu ibu menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Saya sendiri mempunyai seorang kenalan berpangkat kakak yang baru berusia 40-an tetapi sudah mulai bongkok. Menurutnya ini berlaku kerana dia tidak mematuhi larangan semasa berpantang seperti meminum minuman sejuk dn sebagainya. 

Terdapat sesetengah amalan berpantang tradisional yang agak bercanggah dengan perubatan moden seperti larangan minum air dengan banyak dan amalan memakan buah-buahan. Walaupun begitu, kedua-duanya adalah bermatlamatkan kesihatan dan pemulihan badan ibu seperti sediakala. 

Saya berharap kita dapat sama-sama belajar mengenai ibu hamil dan berpantang melalui blog ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...