Situasi ini memang sangat merunsingkan, apatah lagi apabila stok susu perlu disiapkan sebelum kembali semula untuk bekerja selepas tempoh berpantang. Di sini saya kongsikan kaedah yang boleh dipraktikkan oleh ibu-ibu yang mengalami masalah susu merundum dan ingin menyediakan stok dalam masa yang sama.
Kaedah ini dikenali sebagai
POWER PUMPING (PP)
Anda memerlukan
Pam Susu (manual, elektrik - single atau double pumping)
Kekuatan semangat untuk mengepam antara pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi (waktu ideal di mana hormon pengeluaran susu berada dalam keadaan paling tinggi)
Cara Mengepam
Untuk single pump (manual / elektrik)
1) Pam bahagian sebelah kanan selama 10 minit
2) Pam bahagian sebelah kiri 10 minit
3) Pam bahagian sebelah kanan semula selama 10 minit.
4) Ulangi langkah ini selama 60 minit.
*Bagi pam manual, ia akan sedikit meletihkan, tapi percayalah, tips banyakkan susu badan ini akan berbaloi, insya'Allah.
Untuk double pump
1) Pam kedua-dua bahagian selama 10 minit
2) Rehat 10 minit
3) Pam lagi selama 10 minit.
4) Ulangi langkah ini selama 10 minit.
Bagi pam elektrik (single atau double) kaedah ini boleh ditukar masa mengepamnya dari 10 minit ke 20 minit sekiranya mahu, tetapi pastikan total masa adalah 1 jam mengepam yang dibuat terus menerus.
Berapa lama ibu perlu praktikkan kaedah power pumping ini?
Sekurang-kurangnya seminggu untuk melihat keberkesanannya
Sekurang-kurangnya seminggu untuk melihat keberkesanannya
Teknik ini dapat merangsang penghasilan susu badan kerana payudara dikosongkan dengan kerap selama 1 jam. Semakin kerap ia dikosongkan, semakin banyak susu baru dihasilkan.
Ini lah konsep 'demand-supply'. 'Demand itu ada', iaitu payudara yang dikosongkan oleh ibu sewaktu mengepam. Maka otak akan menghantar signal untuk menghasilkan lebih banyak susu lagi kerana ada 'demand'.
Tempahlah Set Breastfeeding anda sekarang!
Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
Email : kedai.vitamin@yahoo.com
atau isi borang
No comments:
Post a Comment