Insulin ialah hormon yang dihasilkan oleh pankreas, untuk mengawal kadar gula di dalam badan ibu. Ibu-ibu boleh perlu mendapatkan rawatan susulan sekiranya mempunyai simptom-simptom berikut:
Ramai ibu-ibu hamil yang mengalami diabetes gestasi tidak menyedarinya sehingga sudah terlewat. Menurut kajian University of California melaporkan 50% wanita hamil tidak menyedari yang mereka mempunyai diabetes gestasi. Di antara kesan buruk akibat diabetes gestasi ialah:
1) Bayi akan menjadi terlalu besar sehingga menyukarkan kelahiran normal
2) Bayi mungkin mengalami masalah kesihatan seperti kandungan gula yang rendah dalam darah atau jaundis
3) Bayi mungkin mengidap diabetes atau obesiti sesudah dilahirkan
Cara Mengawal Diabetes Gestasi
1) Melakukan senaman ibu hamil
2) Makan secara seimbang
Kumpulan 1 : Bijiran , hasil bijiran, ubi-ubian
- Ambil 4-8 sajian sehari
- Contoh makanan : nasi , mee , mihun , roti dan lain-lain
Kumpulan 2 : Sayur-sayuran dan buah-buahan
- Sekurang-kurang 5 sajian dalam diet seharian
- Sumber antioksidan untuk mencegah kerosakan sel badan
- Tinggi serat bagi mengelakkan sembelit
Kumpulan 3 : Ikan , ayam , daging dan kekacang
- Makan secara sederhana dalam diet seharian, iaitu ½ hingga 2 sajian sehari.
- Sumber protein bagi membaiki tisu badan yang rosak dan juga untuk menghasilkan tisu yang baru.
- Tinggi dengan vitamin B , zat besi dan zink
Kumpulan 4 : Susu dan hasil tenusu
- Ambil 1 -2 sajian dalam diet seharian
- Membekalkan nutrient :
- Kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi serta mencegah osteoporosis.
- Vitamin D bagi membantu penyerapan kalsium
- Potassium bagi mengekalkan tekanan darah yang normal
Kumpulan 5 : Lemak , gula dan garam
- Makan sedikit sahaja
- Pengambilan lemak , gula dan garam akan membawa kepada penyakit kronik seperti diabetes , hypertensi ,obesiti dan juga penyakit jantung.
3) Memantau kandungan gula dalam darah
Boleh dapatkan maklumat lanjut daripada doktor
source : babycentre.com.my & gdmcare
4) Mengamalkan pengambilan supplemen yang boleh mengawal kandungan gula dalam darah seperti Set Ibu Hamil Kencing Manis Shaklee
Hubungi sekarang untuk tempahan dan konsultasi percuma!!
Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
Email : kedai.vitamin@yahoo.com
atau isi borang
No comments:
Post a Comment