Saturday 25 January 2014

Testimoni Kelas Asas Blog & Fanpage

Saya mengikuti kelas ini kerana ingin mengetahui permulaan untuk memulakan satu blog perniagaan online. Saya mempunyai blog sebelum ini, tetapi ia cuma blog dengan menggunakan platform blogger sebelum ini, tetapi ia cuma blog persendirian tanpa melibatkan perniagaan. 



Perkara pertama yang diajar adalah cara-cara untuk 'branding' diri dan mendaftarkan blog. Cara pengajaran yang digunakan dan modulnya adalah ringkas dan mudah difahami. Bagi saya, sekiranya ia diikuti oleh seorang surirumah yang tidak pernah mempunyai blog pun, saya pasti dia akan dapat mengikutinya dengan mudah. Ini adalah sejajar dengan matlamat kelas ini untuk meramaikan lagi peniaga online di kalangan ibu yang bekerja dari rumah (juga dikenali sebagai WAHM)

Guru online saya, Puan Zaila Mohamad, adalah seorang yang berpandangan jauh dan nampak akan potensi sesuatu 'niche' blog itu pada bentuk perniagaan yang akan dilakukan. Beliau tahu tajuk dan bentuk penulisan bagaimana yang mampu menarik perhatian pembaca. Sekiranya mempunyai sebarang masalah, adalah mudah untuk berhubung dengannya kerana beliau memang beroperasi secara online. 

Masalah utama saya cuma pembahagian masa untuk mengemaskini blog, walaubagaimana pun, ini lebih kepada masalah saya sendiri kerana ia memerlukan semangat dan komitmen yang tinggi. Jika menilai dari galakan dan sokongan guru, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada perkara tersebut.

Kebaikan kelas begini ialah ia memberi peluang untuk golongan ibu yang mungkin menghadapi masalah untuk menghadiri kelas secara online. Ini kerana ibu-ibu tidak perlu meninggalkan rumah pun untuk menghadiri kelas ini. Cadangan saya, mungkin di masa akan datang boleh diadakan sesi perbincangan seminggu sekali di dalam group chat FB di antara guru dengan para pelajar. 

Bagi ibu-ibu yang berminat untuk menghadiri kelas ini, boleh menghubungi Cikgu Zaila Mohamad dan maklumat tambahan boleh didapati di sini atau sini.

Selamat berniaga online ibu-ibu semua!!

Wednesday 15 January 2014

Panduan Memilih Tukang Urut Selepas Bersalin

Panduan Memilih Tukang Urut Selepas Bersalin
===============================
1) Sekiranya ada di kalangan rakan-rakan atau saudara-mara yang pernah menggunakan khidmat tukang urut tersebut, dapatkan pendapat mereka.

2) Pastikan harga dan kos sebelum menempah perkhidmatan mereka. Terdapat tukang urut yang turut mengeluarkan invois selepas bayaran 'booking'


3) Sebaiknya ambil pakej urut dari tukang urut tersebut. Terdapat tukang urut yang menyediakan pakej urut 3 hari selepas bersalin diikuti dengan penutup pantang dan bertangas.


4) Jika anda memilih untuk mendapatkan khidmat 'confinement lady' yang akan tinggal bersama-sama dengan anda, pastikan anda membuat perjanjian dengan agen tersebut untuk melindungi anda sekiranya 'confinement lady' tersebut tidak menjalankan khidmatnya mengikut perjanjian pakej.

5) Book tukang urut anda sekurang-kurangnya semasa anda telah hamil 4 bulan bagi mengelakkan anda kecewa jika gagal mendapatkan tukang urut yang anda khendaki.


Bukan tukang urut sahaja yang patut dipilih dengan teliti. Set Bersalin pun sama juga! 

Memperkenalkan                  
Set Bersalin Shaklee Super Premium

Keistimewaan : 

-Set yang serba lengkap
                            - Tidak membazir kerana masih boleh diamalkan selepas tempoh berpantang 
                           -  Gabungan Set Bersalin + Set Menyusu = dapat 2 set dalam satu pakej!
                          - Sesuai untuk ibu yang berpantang sendiri untuk pemulihan segera, insya'Allah
                                 - Khidmat konsultasi sepanjang pengambilan set ini turut disediakan

Hubungi saya untuk pembelian produk Shaklee 
Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
                             


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...