Thursday 2 January 2014

Petua Mudahkan Bersalin

Terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk memudahkan bersalin :

1. Amalan minum air kelapa muda
Terdapat juga pendapat yang mengatakan ini adalah untuk memastikan kulit anak bersih semasa dilahirkan. Walaubagaiman pun, jangan terlalu kerap minum air kelapa kerana ia agak 'sejuk'. 

2) Minum minyak kelapa
Boleh cuba satu sudu sehari setiap hari apabila semakin hampir dengan waktu bersalin. Ada juga ibu yang mengamalkannya apabila kandungan mula memasuki 5 bulan.

2. Banyakkan berjalan
Ini bagi merangsang bahagian bukaan ibu. Apabila kita kerap berjalan, bayi akan lebih cepat turun. Tetapi, jangan terlalu ekstrem sehingga menjadi terlalu penat dan menjejaskan kandungan.

3. Kerap mencangkung
Ini antara petua yang terdapat di internet. Tidak dapat dipastikan secara kebetulan atau tidak, saya sendiri mengalaminya semasa mengandungkan anak pertama. Perasaan hendak bersalin itu muncul apabila saya mencangkung hendak mencuci tandas ketika itu.

4. Kerapkan bersama suami
Ini dapat membantu memudahkan proses bersalin kerana hormon yang terlibat akan merangsang kelahiran.

5. Kerapkan mandi
Mandi dapat mempercepatkan proses bersalin, disebabkan ini ia juga merupakan salah satu kaedah untuk mengurangkan rasa sakit semasa kontraksi berlaku.

6. Selepas mandi, kumpulkan air di hujung rambut, berselawat 3 kali dan minum air tersebut
Ini lebih kepada petua tradisional lama.

7. Minum milo dicampur dengan kuning telur
Ada ibu yang mengamalkan kaedah ini untuk memudahkan bersalin. Ia juga mempunyai faedah lain iaitu memberikan tenaga untuk ibu.

Mengamalkan Set Kehamilan Shaklee juga dapat membantu proses bersalin kerana ia memastikan ibu mempunyai tenaga yang cukup untuk meneran ketika bersalin. Walaubagaimana pun, pengambilan Omega Guard perlu dihentikan apabila dekat waktu bersalin.

Pengambilan ESP secara spesifik dapat membantu ibu-ibu ketika bersalin.


Hubungi segera untuk set anda!
Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
FB : https://www.facebook.com/messages/kedaivitamins
Email : kedai.vitamin@yahoo.com


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...