Tuesday 26 November 2013

Tips Menghilangkan Rasa Rengat Selepas Melahirkan

Apa itu rasa rengat selepas melahirkan? Ia adalah rasa sakit seperti sengugut atau rasa yang sama seperti sebelum melahirkan (contraction). Kesakitan ini terjadi disebabkan pengecutan peranakan ibu selepas melahirkan. Ianya tidak mendatangkan bahaya, tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi dari ibu dalam menghadapi kesakitan ini sehingga ia berakhir.

Uterus / Peranakan Wanita telah mengembang lebih kurang 25 ganda dari saiz asalnya sejak 9 bulan lalu untuk menampung pembesaran bayi dan ia perlu kecut kembali bagi menjamin kesihatan ibu. Proses pengecutan ini mungkin mengambil masa 4-6 minggu, tetapi rasa rengat akan hilang selepas beberapa hari.

Tidak semua ibu mengalami rasa rengat

Rasa rengat ini kadangkala melanda ibu yang pertama kali bersalin, tetapi pada kebiasaannya ia dialami oleh ibu-ibu yang melahirkan anak kedua dan seterusnya. Terdapat pendapat mengatakan ianya akan bertambah sakit untuk setiap kali melahirkan, tidak kurang juga yang menyatakan bilangan hari kita sakit (rengat) itu adalah mengikut bilangan anak.

Pengecutan rahim ini juga akan menyebabkan terjadinya pengeluaran darah yang banyak. Terdapat pendapat mengatakan rasa rengat ini berpunca daripada darah beku yang tidak dikeluarkan selepas proses kelahiran. Walau apa pun, pengecutan rahim ini sebenarnya banyak memberi manfaat kepada ibu. 

Rasa rengat ini mungkin akan menjadi semakin kuat semasa ibu menyusukan bayi, ini berlaku disebabkan uterus yang masih sensitif dengan pengeluaran hormon oksitoksin ketika menyusui bayi. Terdapat ibu yang mencuba pelbagai kaedah meredakan rasa rengat sebelum menyusui bagi memastikan mereka lebih selesa semasa menyusukan bayi.

Di antara kaedah mengurangkan rasa sakit yang boleh dicuba :

1) Bertungku
Menggunakan tungku moden atau tungku tradisional (batu sungai), ianya dapat meredakan kesakitan dan mengeluarkan lebih banyak lagi darah terkumpul dari dalam peranakan.

 

Sekiranya menghadapi kesulitan untuk mendapatkan batu tungku atau batu sungai, boleh gunakan beras atau pasir yang dipanaskan sebagai alternatif. Terdapat juga ibu yang menggunakan cara moden seperi tungku bantal atau sterika untuk bertungku dengan segera. Tetapi hati-hati jika menggunakan sterika kerana ditakuti akan mendatangkan kecederaan.

2) Berurut
Kebanyakan ibu akan membuat urutan selepas bersalin, maklumkan pada orang yang mengurut tentang masalah rengat yang dihadapi. Urutan juga dapat mengeluarkan darah yang terkumpul dalam peranakan.
3) Sapu minyak panas
Ini adalah kaedah biasa apabila mengalami rengat, minyak yang panas dapat meredakan rengat.

4) Memakai stokin, baju lengan panjang dan berselimut
Pemanasan badan dapat mengurangkan kesan rengat.

5) Letakkan botol berisi air panas di tempat yang sakit
Kaedah ini menyerupai rawatan bertungku

6) Mengambil ubat penahan sakit
Ini adalah alternatif terakhir sekiranya ibu tidak dapat menahan kesakitan. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambilnya.

Terdapat ibu-ibu yang tidak mengalami rengat atau kesakitan selepas bersalin. Jangan bimbang, ini tidak bermakna peranakan anda tidak mengecut. 

Bagi ibu-ibu yang mengalami rengat, sekiranya sakit bertambah teruk dan pendarahan semakin banyak, segeralah dapatkan rawatan doktor.

Masih tercari-cari Set Bersalin yang sesuai?

Jangan risau sekiranya ibu-ibu sudah pun bersalin, selagi ianya kurang dari setahun, set ini masih praktikal.

Tempahlah Set Bersalin anda sekarang!
|Nia -Shaklee Independent Distributor | 
(ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
Email : kedai.vitamin@yahoo.com
atau isi borang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...