Monday 30 December 2013

Teknik Bernafas Ketika Bersalin

Kita biasa mendengar wanita bersalin ada cara bernafasnya sendiri, ini adalah bertujuan bagi memastikan ibu menyerap oksigen pada kadar maksima untuk dirinya dan bayi. Ia juga digunakan sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kesakitan kontraksi.

Ibu yang dalam keadaan stress atau takut akan mula hilang ritma pernafasannya, ia akan menjadi lebih pendek dan deras. Ini boleh menyebabkan pernafasan menjadi tercungap-cungap. Ini juga akan menyebabkan kurangnya oksigen untuk anda dan bayi. Ia boleh memburukkan keadaan dan ibu akan menjadi bertambah letih. 

Apa yang penting ibu perlu bertenang dan mengatur kembali ritma pernafasannya. Pastikan ibu menghembus nafas lebih panjang berbanding dengan semasa menarik nafas.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh dipraktikkan untuk bernafas ketika kelahiran :



1) Teknik ReLaks atau Doa Nabi Yunus
Tenangkan fikiran dan fikirkan perkataan dengan dua suku kata RE - LAKS, bagi yang beragama Islam boleh cuba bahagikan doa nabi Yunus ini dalam dua bahagian. Sebut suku kata pertama semasa menarik nafas dan suku perkataan kedua semasa menghembus nafas. Lepaskan semua perasaan stress semasa menghembus nafas.

2) Teknik Mengira
Kira 1-3 semasa menarik nafas dan 1-4 semasa menghembus nafas. 
3) Tarik dan Hembus
Tarik nafas melalui hidung dan hembus ia keluar melalui mulut. 



Tempahlah Set Bersalin Shaklee Super Premium anda sekarang!
|Nia -Shaklee Independent Distributor | 
(ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
Email : kedai.vitamin@yahoo.com
atau isi borang


Monday 16 December 2013

Ibu Hamil Kencing Manis (Diabetes Gestasi)

Terdapat ibu hamil yang mengalami kencing manis ketika mengandung. Pada asalnya, dia bukanlah pengidap kencing manis, tetapi disebabkan kehamilannya, ibu ini mengidap kencing manis. Ia terjadi kerana kegagalan badan ibu untuk menghasilkan insulin lebih bagi menampung keperluannya dan bayi.

Insulin ialah hormon yang dihasilkan oleh pankreas, untuk mengawal kadar gula di dalam badan ibu. Ibu-ibu boleh perlu mendapatkan rawatan susulan sekiranya mempunyai simptom-simptom berikut:
Ramai ibu-ibu hamil yang mengalami diabetes gestasi tidak menyedarinya sehingga sudah terlewat. Menurut kajian University of California melaporkan 50% wanita hamil tidak menyedari yang mereka mempunyai diabetes gestasi. Di antara kesan buruk akibat diabetes gestasi ialah: 
1) Bayi akan menjadi terlalu besar sehingga menyukarkan kelahiran normal
2) Bayi mungkin mengalami masalah kesihatan seperti kandungan gula yang rendah dalam darah atau jaundis
3) Bayi mungkin mengidap diabetes atau obesiti sesudah dilahirkan

Cara Mengawal Diabetes Gestasi

1) Melakukan senaman ibu hamil

2) Makan secara seimbang

Kumpulan 1 : Bijiran , hasil bijiran, ubi-ubian 
  •   Ambil 4-8 sajian sehari
  •  Contoh makanan : nasi , mee , mihun , roti dan lain-lain 

Kumpulan 2 : Sayur-sayuran dan buah-buahan
  •   Sekurang-kurang 5 sajian dalam diet seharian
  •   Sumber antioksidan untuk mencegah kerosakan sel badan
  •   Tinggi serat bagi mengelakkan sembelit 

Kumpulan 3 : Ikan , ayam , daging dan kekacang
  • Makan secara sederhana dalam diet seharian, iaitu ½ hingga 2 sajian sehari.
  • Sumber protein bagi membaiki tisu badan yang rosak dan juga untuk menghasilkan tisu    yang baru.
  • Tinggi dengan vitamin B , zat besi dan zink

Kumpulan 4 : Susu dan hasil tenusu
  • Ambil 1 -2 sajian dalam diet seharian
  • Membekalkan nutrient :
  • Kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi serta mencegah osteoporosis.
  • Vitamin D bagi membantu penyerapan kalsium
  • Potassium bagi mengekalkan tekanan darah yang normal

Kumpulan 5 : Lemak , gula dan garam
  • Makan sedikit sahaja
  • Pengambilan lemak , gula dan garam akan membawa kepada penyakit kronik seperti diabetes , hypertensi ,obesiti dan juga penyakit jantung.

 3) Memantau kandungan gula dalam darah
     Boleh dapatkan maklumat lanjut daripada doktor

4) Mengamalkan pengambilan supplemen yang boleh mengawal kandungan gula dalam darah seperti Set Ibu Hamil Kencing Manis Shaklee

Hubungi sekarang untuk tempahan dan konsultasi percuma!!
Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
Email : kedai.vitamin@yahoo.com
atau isi borang






Friday 13 December 2013

Petua Banyakkan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya



Ramai ibu-ibu yang baru melahirkan akan teruja untuk menyusukan bayi mereka. Samada ia disebabkan oleh peraturan hospital atau keazaman ibu itu sendiri, ia tetap menjadi satu pengalaman yang berharga. Apa yang patut dilakukan untuk banyakkan susu? Pada peringkat awal, jangan terlalu risau sekiranya susu kurang, kerana bayi yang baru lahir tidak memerlukan banyak susu.

Tetapi, bagi ibu yang bekerjaya, adalah amat penting untuk memperbanyakkan susu kerana pada kebiasaannya setelah tamat tempoh berpantang dan memulakan kerja, ibu sudah tidak lagi 'direct feed' dengan bayi kecuali di waktu malam. Ini boleh menyebabkan kurangnya rangsangan untuk menghasilkan susu dihantar ke otak. 

Kerap mengepam dan mengosongkan payudara boleh membantu memperbanyakkan penghasilan susu badan, tapi tidak dinafikan rangsangan melalui hisapan bayi adalah yang terbaik. 

Saya seringkali mendapat komen daripada ibu-ibu yang mengatakan mereka menjadi terlalu letih kerana terpaksa bangun malam untuk menyusukan bayi dan keadaan mereka semasa menyusukan bayi adalah lebih meletihkan berbanding dengan semasa mereka tidak menyusukan bayi. Keletihan dan stress dengan pekerjaan adalah faktor utama yang menyebabkan penghasilan susu menjadi merundum.

Antara permasalahan utama yang dialami oleh ibu-ibu berkerjaya yang menyusu yang menyebabkan susu kurang ialah :

1) Stress dengan pekerjaan 
2) Keletihan kerana berjaga malam untuk menyusukan anak
3) Hilang fokus dalam pekerjaan

Disini terdapat 10 jenis herba yang terkenal sebagai penggalak susu :

1) Alfalfa: Makanan Tambah  Susu Ibu yang popular. Ia boleh diambil dalam bentuk asal, kapsul atau biji benih. Tidak digalakkan untuk orang yang menghidap SLE atau allergic terhadap alfalfa.
2) Jintan Manis
3) Blessed thistle
4) Dill (seperti ketumbar)
5) Fennel
6) Halba
7) Milk thistle
8)  Oatmeal
9)Vervain
10) Nettle
Herba-herba yang biasa digunakan dalam masakan agak mudah didapati, tetapi penyediannya agak rumit. Kini, terdapat alfalfa dalam bentuk tablet yang boleh digunakan secara kombinasi dengan ESP Shaklee bagi menggalakkan penghasilan susu. Tetapi, mesti disertakan dengan mengepam setiap 3-4 jam sekali dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.

Hubungi sekarang untuk tempahan dan konsultasi percuma!!
Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
Email : kedai.vitamin@yahoo.com
atau isi borang





Thursday 12 December 2013

Ibu Hamil dan Mandi Serung

Mandi serung merupakan amalan mandi air rebusan herba selepas bersalin. Walaupun ia boleh dianggap warisan tradisional, ia masih praktikal untuk dilakukan oleh ibu moden. Di antara tujuan mandi serung :

1) Melancarkan perjalanan darah
2) Mewangikan tubuh badan
3) Memanaskan badan
4) Mencantikkan kulit

Cara penyediaannya agak mudah, tetapi mungkin agak mencabar sekiranya tinggal di bandar-bandar besar. Ia memerlukan : 


Daun Bunga Raya (source)


Daun Jambu (source)

Daun Pandan (source)

Serai Wangi (source)

Daun Lengkuas (source)

Daun Mengkudu (source)

Halba (source)
Cara penyediannya :
1) Rebus semua bahan-bahan di atas (boleh pilih untuk racik daun-daun yang agak besar)
2) Tutup api selepas air mendidih.
3) Tapis air rebusan
4) Campurkan dengan air sejuk kalau air terlalu panas
5) Siap untuk mandi.

Kesannya sama seperti mandi herba di spa atau salun. Ia juga sangat menjimatkan. Secara alternatif, sekiranya menghadapi kesukaran untuk mencari daun-daun dan tidak mempunyai masa untuk penyediannya, boleh gunakan pek herba yang banyak terdapat  di pasaran. Ia menyerupai uncang teh, cuma agak besar kerana digunakan untuk satu kali mandian.

Inginkan Set Bersalin Moden yang sesuai untuk ibu berpantang sendiri?

Hubungi sekarang untuk tempahan dan konsultasi percuma!!
Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
Email : kedai.vitamin@yahoo.com
atau isi borang

Sunday 8 December 2013

Hubungi Saya

Sekiranya Puan-Puan menghadapi masalah yang berkaitan dengan kehamilan, penyusuan atau berpantang, boleh berhubung dengan saya melalui email munira.mustafakamal@gmail.com atau isi borang di sini Borang Saya akan cuba menjawab soalan Puan-Puan secepat mungkin. Terima Kasih

Thursday 5 December 2013

Pedih ulu hati ibu mengandung

Pedih ulu hati  ibu mengandung adalah satu keadaan rasa seperti pedih dan terbakar di bahagian tekak hingga dada. Ibu akan terasa sakit dan tidak selesa, tetapi ia tidak akan menjejaskan ibu dan kandungan. Ia cuma satu situasi di mana perubahan hormon progesteron pada ibu mengandung telah menunjukkan kesan. 

Ia terjadi dengan 2 cara :

1) Hormon progesteron telah menyebabkan injap esofogus terasing dari perut dan menyebabkan asid gastrik naik ke atas. Ini menyebabkan ibu mengalami pedih ulu hati.

2) Progesteron melambatkan pencernaan dan mencetuskan pada pedih ulu hati  ibu mengandung.

Kandungan yang semakin membesar meningkatkan lagi risiko untuk mengalami pedih ulu hati kerana asid gastrik mudah naik ketika itu. Tetapi jangan bimbang kerana pedih ulu hati ini akan hilang selepas kelahiran.

Di antara cara untuk mengelakkan pedih ulu hati  ibu mengandung ialah :

1) Elakkan makanan berempah, pedas, terlalu berasid seperti buah-buahan sitrus, minuman berkafein dan makanan berlemak.

2) Jangan makan banyak pada satu masa, makan dengan kerap tetapi sedikit-sedikit bagi mengurangkan asid di dalam perut.

3) Tidur dengan bantal tinggi bagi mengelakkan asid gastrik naik ke atas dan mencetuskan pedih ulu hati.

4) Cuba elakkan mengambil sebarang makanan 3 jam sebelum tidur.

5) Amalkan pengambilan minuman bersusu untuk melegakan pedih ulu hati.

6) Amalkan pengambilan ESP & B-Complex Shaklee.
set hamil shaklee trimester 2&3
Pengambilan Set Kehamilan Shaklee juga dapat membantu pedih ulu hati  ibu mengandung dengan pengambilan ESP dan B-Complex secara spesifiknya.

Kebaikan Set Kehamilan Shaklee
1) Menjadikan ibu cergas dan bertenaga semasa kehamilan
2) Menyediakan badan ibu agar kuat bertenaga terutama semasa kelahiran
3) Membantu mengatasi simptom-simptom kehamilan seperti kejang otot
4) Membantu mengatasi masalah Hb rendah
5) Meredakan stress pada ibu dengan de-stress effect
6) Membantu ibu mengatasi masalah sembelit.
dan banyak lagi...!!

Tempahlah Set Kehamilan Shaklee sekarang!
Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
Email : kedai.vitamin@yahoo.com
atau isi borang

Monday 2 December 2013

Adakah Selamat Menaiki Kapal Terbang Ketika Hamil?


 
Terdapat sesetengah pendapat mengatakan tekanan udara yang tinggi semasa berada di atas kapal terbang boleh menyebabkan keguguran. Ini menimbulkan rasa ragu-ragu sesetengah ibu untuk menaiki kapal terbang di awal kehamilan. Ini sebenarnya disebabkan oleh pendedahan pada radiasi semulajadi yang terjadi semasa terbang. Peratusannya pada ibu yang cuma terbang beberapa kali setahun tidaklah diketahui.

Apa yang pasti, sekiranya ibu mengalami loya dan 'morning sickness', dia akan menjadi bertambah loya kerana keadaan di dalam kapal terbang yang bertekanan rendah. Ibu perlu bersedia untuk kerap muntah sekiranya membuat keputusan untuk menaiki kapal terbang juga.

Masa paling selamat bagi ibu untuk menaiki kapal terbang adalah apabila memasuki 12-23 minggu kerana ibu sudah mulai rasa selesa pada fasa ini. Tetapi elakkan daripada perjalanan yang melebihi 4 jam kerana ini boleh menyebabkan perjalanan darah menjadi perlahan dan boleh mencetuskan masalah pembekuan darah pada kaki. Ibu-ibu boleh mengelakkan ini dengan memakai stokin sokongan seperti ini.


Ibu hamil juga boleh cuba untuk berjalan-jalan sedikit dalam perjalanan jauh.

Mungkin ibu hamil boleh cuba untuk menggerakkan kaki atau berjalan di dalam kapal terbang ketika keadaan selamat atau cuba minta tempat duduk dengan ruang kaki yang lebih besar semasa 'check-in'. Ini bagi memastikan keselesaan ibu sepanjang perjalanan kerana keadaan perut yang membesar mungkin mengakibatkan ketidakselesaan pada ibu.

Sekiranya ibu mengalami masalah semasa kehamilan, boleh rujuk ke pada doktor dahulu dan dapatkan surat pengesahan sebelum menaiki kapal terbang. Ini bagi meyakinkan syarikat penerbangan untuk mengizinkan ibu menaiki kapal terbang. Harus diingat, sekiranya menempah tiket dari agen, mereka tidak akan bertanyakan hal kehamilan ibu, ini cuma akan ditanya sebelum ibu menaiki kapal terbang, jadi sangat baik sekiranya ibu mendapatkan surat daripada doktor sebelum menempah tikel kapal terbang.


Kebaikan Set Kehamilan Shaklee
1) Menjadikan ibu cergas dan bertenaga semasa kehamilan
2) Menyediakan badan ibu agar kuat bertenaga terutama semasa kelahiran
3) Membantu mengatasi simptom-simptom kehamilan seperti kejang otot
4) Membantu mengatasi masalah Hb rendah
5) Meredakan stress pada ibu dengan de-stress effect
6) Membantu ibu mengatasi masalah sembelit.
dan banyak lagi...!!

Hubungi segera untuk harga super special!!
Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
Email : kedai.vitamin@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...