Monday 11 November 2013

6 Pantang Larang Ibu Mengandung

Tempoh kehamilan merupakan saat yang sangat membahagiakan untuk setiap pasangan suami isteri. Terlalu banyak persediaan dan perancangan yang akan diatur bagi memastikan tempoh kehamilan yang dilalui adalah saat-saat yang terindah buat kedua suami isteri. Tetapi, di sebalik perancangan-perancangan tersebut, terdapat pantang-larang yang perlu dipatuhi oleh ibu mengandung.

Ada pantang larang moden dan ada juga pantang larang tradisional. Berikut dikongsikan beberapa pantang larang untuk dijadikan panduan ibu-ibu mengandung semua.

1) Ibu mengandung tidak boleh mengangkat barang berat.
Sebab larangan : Ia boleh memberikan tekanan pada perut si ibu dan boleh menyebabkan keguguran jika rahim ibu lemah.

2) Ibu mengandung tidak boleh makan nenas 
Sebab larangan : Nenas terkenal sebagai makanan yang 'tajam' dan boleh menyebabkan keguguran pada janin. Walau bagaimanapun, ini adalah bergantung kepada daya tahan ibu kerana terdapat ibu-ibu yang memakan nenas pada waktu kehamilan dan tidak terjejas.


3) Elakkan dari bercerita menghebahkan kehamilan sebelum kandungan mencecah 3 bulan ke atas
Sebab larangan : Tempoh 3 bulan yang pertama adalah tempoh yang sangat kritikal dan bayi adalah tidak stabil serta berisiko untuk mengalami keguguran.

4) Dilarang meminum minuman berais 
Sebab larangan : Terdapat kepercayaan yang minuman berais boleh menyebabkan mata bayi sakit dan tidak bersih selepas dilahirkan. Dari segi kesihatan ia sebenarnya tidak baik kerana boleh menganggu urat ibu mengandung.


5) Ibu mengandung tidak dibenarkan untuk mandi malam
Sebab larangan : Dipercayai diganggu makhlus halus, tetapi sebenarnya dibimbangi kesejukan mandi malam akan menyebabkan mudarat pada ibu mengandung.


6) Ibu mengandung dilarang lalu di bawah ampaian kain
Sebab larangan : Orang tua-tua mempercayai ia boleh menyebabkan anak terencat, tetapi sebab yang lebih relevan mungkin untuk mengelakkan kecedaraan pada ibu mengandung memandangkan fizikal ibu yang menyukarkan pergerakannya.

all pic source : google




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...