Wednesday 27 November 2013

Tips Mengelakkan Buasir Ketika Hamil

Ada sesetengah ibu yang mengalami buasir ketika hamil, ia adalah keadaan apabila terjadinya pembengkakan pada bahagian pembuluh darah di bahagian dubur. Keadaan akan menjadi bertambah buruk dengan berat badan yang semakin bertambah ketika hamil.

Buasir terjadi dalam 4 peringkat. Pada peringkat ke 4, buasir sudah tidak dapat dimasukkan semula secara manual dan memerlukan pembedahan. Terdapat juga kes di mana buasir tersebut meletup dan mendatangkan kesan yang lebih buruk.

Di antara punca ibu hamil mengalami buasir ialah:

1) Hormon progesteron meningkat dan ia telah mengendurkan salur-salur darah, sedangkan jumlah darah meningkat dalam badan ibu ketika hamil.

2) Berat bayi yang meningkat telah memberi tekanan kepada salur-salur darah pada bahagian rahim anda.

3) Sembelit yang di alami oleh sesetengah ibu juga boleh mengakibatkan buasir.

4) Terdapat juga ibu yang mengalami buasir selepas kelahiran, ini adalah disebabkan tindakan meneran ketika bersalin menyebabkan bahagian buasir terkeluar atau bengkak.

sumber : babycentre.com.my

source : google

Buasir jika tidak di rawat boleh menjadi lebih teruk di mana ianya akan bernanah akibat jangkitan pada darah beku pada bahagian buasir yang terkeluar. 

Di antara cara untuk mengelakkan buasir ketika hamil ialah : 

1) Ibu hamil perlu minum banyak air sekurang-kurang 3L sehari.

2) Makan banyak makanan berserat dan buah-buahan.

3) Jangan baring melentang terlalu lama, banyakkan baring dalam keadaan mengiring.

4) Lakukan senaman yang bersesuaian untuk memastikan perjalanan darah lancar dan tidak tersumbat pada dubur.

5) Jika bahagian buasir terasa sakit, gunakan kain berbalut ais. Tetapi sekiranya ia sakit selepas membuang air besar, cuba mencucinya dengan air suam.

6)  Boleh cuba ubat atau supplement semulajadi untuk membantu masalah buasir.



Tempahlah sekarang!
|Nia -Shaklee Independent Distributor | 
(ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
Email : kedai.vitamin@yahoo.com
atau isi borang






Tuesday 26 November 2013

Tips Menghilangkan Rasa Rengat Selepas Melahirkan

Apa itu rasa rengat selepas melahirkan? Ia adalah rasa sakit seperti sengugut atau rasa yang sama seperti sebelum melahirkan (contraction). Kesakitan ini terjadi disebabkan pengecutan peranakan ibu selepas melahirkan. Ianya tidak mendatangkan bahaya, tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi dari ibu dalam menghadapi kesakitan ini sehingga ia berakhir.

Uterus / Peranakan Wanita telah mengembang lebih kurang 25 ganda dari saiz asalnya sejak 9 bulan lalu untuk menampung pembesaran bayi dan ia perlu kecut kembali bagi menjamin kesihatan ibu. Proses pengecutan ini mungkin mengambil masa 4-6 minggu, tetapi rasa rengat akan hilang selepas beberapa hari.

Tidak semua ibu mengalami rasa rengat

Rasa rengat ini kadangkala melanda ibu yang pertama kali bersalin, tetapi pada kebiasaannya ia dialami oleh ibu-ibu yang melahirkan anak kedua dan seterusnya. Terdapat pendapat mengatakan ianya akan bertambah sakit untuk setiap kali melahirkan, tidak kurang juga yang menyatakan bilangan hari kita sakit (rengat) itu adalah mengikut bilangan anak.

Pengecutan rahim ini juga akan menyebabkan terjadinya pengeluaran darah yang banyak. Terdapat pendapat mengatakan rasa rengat ini berpunca daripada darah beku yang tidak dikeluarkan selepas proses kelahiran. Walau apa pun, pengecutan rahim ini sebenarnya banyak memberi manfaat kepada ibu. 

Rasa rengat ini mungkin akan menjadi semakin kuat semasa ibu menyusukan bayi, ini berlaku disebabkan uterus yang masih sensitif dengan pengeluaran hormon oksitoksin ketika menyusui bayi. Terdapat ibu yang mencuba pelbagai kaedah meredakan rasa rengat sebelum menyusui bagi memastikan mereka lebih selesa semasa menyusukan bayi.

Di antara kaedah mengurangkan rasa sakit yang boleh dicuba :

1) Bertungku
Menggunakan tungku moden atau tungku tradisional (batu sungai), ianya dapat meredakan kesakitan dan mengeluarkan lebih banyak lagi darah terkumpul dari dalam peranakan.

 

Sekiranya menghadapi kesulitan untuk mendapatkan batu tungku atau batu sungai, boleh gunakan beras atau pasir yang dipanaskan sebagai alternatif. Terdapat juga ibu yang menggunakan cara moden seperi tungku bantal atau sterika untuk bertungku dengan segera. Tetapi hati-hati jika menggunakan sterika kerana ditakuti akan mendatangkan kecederaan.

2) Berurut
Kebanyakan ibu akan membuat urutan selepas bersalin, maklumkan pada orang yang mengurut tentang masalah rengat yang dihadapi. Urutan juga dapat mengeluarkan darah yang terkumpul dalam peranakan.
3) Sapu minyak panas
Ini adalah kaedah biasa apabila mengalami rengat, minyak yang panas dapat meredakan rengat.

4) Memakai stokin, baju lengan panjang dan berselimut
Pemanasan badan dapat mengurangkan kesan rengat.

5) Letakkan botol berisi air panas di tempat yang sakit
Kaedah ini menyerupai rawatan bertungku

6) Mengambil ubat penahan sakit
Ini adalah alternatif terakhir sekiranya ibu tidak dapat menahan kesakitan. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambilnya.

Terdapat ibu-ibu yang tidak mengalami rengat atau kesakitan selepas bersalin. Jangan bimbang, ini tidak bermakna peranakan anda tidak mengecut. 

Bagi ibu-ibu yang mengalami rengat, sekiranya sakit bertambah teruk dan pendarahan semakin banyak, segeralah dapatkan rawatan doktor.

Masih tercari-cari Set Bersalin yang sesuai?

Jangan risau sekiranya ibu-ibu sudah pun bersalin, selagi ianya kurang dari setahun, set ini masih praktikal.

Tempahlah Set Bersalin anda sekarang!
|Nia -Shaklee Independent Distributor | 
(ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
Email : kedai.vitamin@yahoo.com
atau isi borang

Friday 22 November 2013

Tips Banyakkan Susu Badan dengan Power Pumping

Bagi ibu-ibu yang berkerja, situasi susu mulai merundum adalah perkara normal. Ia terjadi kerana stress atau pemikiran ibu yang mulai terganggu dengan perkara lain. Tetapi, harus diingat yang situasi ini tidak terhad kepada ibu bekerja sahaja. Ibu yang masih di dalam tempoh berpantang tidak terkecuali. 

Situasi ini memang sangat merunsingkan, apatah lagi apabila stok susu perlu disiapkan sebelum kembali semula untuk bekerja selepas tempoh berpantang. Di sini saya kongsikan kaedah yang boleh dipraktikkan oleh ibu-ibu yang mengalami masalah susu merundum dan ingin menyediakan stok dalam masa yang sama.

Kaedah ini dikenali sebagai 

POWER PUMPING (PP)

Anda memerlukan

Pam Susu (manual, elektrik - single atau double pumping)
Kekuatan semangat untuk mengepam antara pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi (waktu ideal di mana hormon pengeluaran susu berada dalam keadaan paling tinggi) 

Cara Mengepam

Untuk single pump (manual / elektrik)
Medela Harmony Manual Breast pumpMedela Swing Breast Pump With Calma Teat

1) Pam bahagian sebelah kanan selama 10 minit
2) Pam bahagian sebelah kiri 10 minit
3) Pam bahagian sebelah kanan semula selama 10 minit.
4) Ulangi langkah ini selama 60 minit.
*Bagi pam manual, ia akan sedikit meletihkan, tapi percayalah, tips banyakkan susu badan ini akan berbaloi, insya'Allah.


Untuk double pump
Medela Swing Maxi Breast Pump
1) Pam kedua-dua bahagian selama 10 minit
2) Rehat 10 minit
3) Pam lagi selama 10 minit.
4) Ulangi langkah ini selama 10 minit.
Bagi pam elektrik (single atau double) kaedah ini boleh ditukar masa mengepamnya dari 10 minit ke 20 minit sekiranya mahu, tetapi pastikan total masa adalah 1 jam mengepam yang dibuat terus menerus.
Berapa lama ibu perlu praktikkan kaedah power pumping ini?
Sekurang-kurangnya seminggu untuk melihat keberkesanannya
Teknik ini dapat merangsang penghasilan susu badan kerana payudara dikosongkan dengan kerap selama 1 jam. Semakin kerap ia dikosongkan, semakin banyak susu baru dihasilkan. 

Ini lah konsep 'demand-supply'. 'Demand itu ada', iaitu payudara yang dikosongkan oleh ibu sewaktu mengepam. Maka otak akan menghantar signal untuk menghasilkan lebih banyak susu lagi kerana ada 'demand'.


Tempahlah Set Breastfeeding anda sekarang!
Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
Email : kedai.vitamin@yahoo.com
atau isi borang

Wednesday 20 November 2013

Nursing Strike : Bila Bayi Tidak Mahu Menyusu Badan

Sejurus selepas melahirkan, jururawat akan memberikan bayi kepada ibu untuk disusukan secepat mungkin. Menyusukan bayi mungkin tidak mendatangkan sebarang masalah pada mulanya. Tetapi setelah beberapa lama, ada sesetengah bayi yang akan menolak untuk disusukan. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor :

1) Bayi berpisah dengan ibu untuk jangkamasa yang panjang
2) Bayi mengalami sakit mulut (tumbuh gigi atau sakit bahagian mulut)
3) Bayi mengalami selsema dan hidung tersumbat
4) Bayi tidak suka dengan bau minyak wangi atau losyen yang digunakan ibu
5) Keadaan persekitaran yang bising atau tidak selesa untuk bayi
6) Rutin bayi yang terganggu disebabkan oleh aktiviti di sekelilingnya
7) Bayi telah mula diberikan susu formula
8) Bayi selalu tidak dipedulikan bila dia minta disusukan.

Apabila sampai ke peringkat 'Late Cues" bayi perlu dipujuk dan dibelai dahulu sebelum disusukan kerana dia sudah sampai ke peringkat merajuk akibat terlalu lama dibiarkan

'Nursing strike' yang dialami adalah lebih kritikal daripada keadaan poster yang ditunjukkan di atas kerana ia kadangkala boleh mengakibatkan bayi kelaparan tetapi dia masih tidak mahu menyusu badan.

Diantara kaedah yang boleh digunakan untuk membantu masalah 'nursing strike' ini ialah : 
1) Cuba menyusui bayi ketika dia sangat mengantuk atau mahu tidur. 
2) Bawa bayi untuk pemeriksaan doktor bagi memastikan dia tidak sakit mulut atau telinga
3) Cuba tukar cara posisi anda menyusui bayi :
4) Susukan bayi sambil berjalan-jalan atau membawanya berbuai. Terdapat juga bayi yang mahu menyusu ketika berada di dalam kereta.
5) Tukar persekitaran menyusukan bayi, walaupun baik untuk kita kekal menyusukan bayi di tempat yang sama, sekiranya bayi mula menunjukkan tanda-tanda penolakan, adalah baik sekiranya menukar kepada persekitaran yang lebih senyap, gelap dan dingin.
6) Banyakkan 'skin to skin contact' iaitu persentuhan yang kerap antara ibu dan bayi. Terdapat satu kaedah untuk menggalakkan penyusuan, iaitu ibu menyusui bayi dalam keadaan tidak memakai baju dan begitu juga bayi. Persentuhan ini akan membentuk satu perasaan emosi yang membantu penyusuan.

'Nursing strike' akan menyebabkan ibu dan bayi sama-sama menjadi kurang selesa. Ibu boleh cuba memastikan emosi bayi tidak terjejas dengan memberikan lebih perhatian kepadanya.

Selain itu, pantau berapa kerap dia membuang air besar atau kecil kerana ini akan menjadi petanda samada susu yang didapatinya mencukupi atau tidak. Gunakan lampin kain atau 'cloth diaper' untuk memudahkan pemantauan.

Apa yang penting, ibu perlu bersabar dan ingat yang ini semua hanyalah untuk sementara. Teruskan menyusui bayi anda dan jangan berputus asa. Akhirnya bayi akan mengalah dan mengikut rutin menyusu yang telah anda aturkan, insya'Allah.

Sekiranya anda risaukan keadaan bayi, boleh terus berjumpa doktor untuk pemeriksaan.


Ingin mendapatkan Set Breastfeeding Shaklee + konsultasi percuma?
Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
Email : kedai.vitamin@yahoo.com




Tuesday 19 November 2013

Senaman Untuk Ibu Hamil

Terdapat ibu-ibu yang menghentikan sebarang aktiviti senaman yang di lakukan sebelum hamil, ini adalah satu tindakan yang salah. Waktu kehamilan bukanlah bermakna ibu-ibu tidak perlu melakukan sebarang aktiviti senaman. Walaupun para doktor mungkin akan menasihatkan ibu-ibu untuk menghindari sebarang pergerakan lasak kerana dikhuatiti akan menjejaskan kandungan, tidak salah sekiranya ibu-ibu melakukan senaman khas untuk ibu hamil.

Senaman khas untuk ibu hamil perlu memiliki ciri-ciri berikut :
1) Tidak mempunyai regangan yang melampau kerana dikhuatiri boleh menjejaskan bayi
2) Tidak melibatkan sebarang aktiviti yang melompat atau memberi gegaran kuat pada kandungan
3) Tidak menjadikan ibu mengalami kepenatan yang melampau
4) Cukup untuk menjadikan ibu cergas dan berpeluh.

Ibu yang cergas adalah ibu yang sihat dan gembira! Ini adalah kerana senaman dapat membantu mengurangkan stress kepada ibu, sekaligus memberikan ibu ketenangan emosi. Senaman juga dapat membantu ibu-ibu semasa proses kelahiran. Apabila ibu bertenaga dan cergas, proses kelahiran dapat dilakukan dengan mudah.


Photo: Waktu kehamilan bukanlah bermakna ibu-ibu tidak perlu melakukan sebarang aktiviti senaman. Walaupun para doktor mungkin akan menasihatkan ibu-ibu untuk menghindari sebarang pergerakan lasak kerana dikhuatiti akan menjejaskan kandungan, tidak salah sekiranya ibu-ibu melakukan senaman khas untuk ibu hamil.

Ibu yang cergas adalah ibu yang sihat dan gembira! Senaman juga dapat membantu ibu-ibu semasa proses kelahiran. Apabila ibu bertenaga dan cergas, proses kelahiran dapat dilakukan dengan mudah.

sumber gambar : mommydaddy.co.za
Proses kelahiran merupakan satu aktiviti yang memerlukan tenaga dan ianya akan lebih mudah sekiranya seseorang ibu itu cergas. Senaman juga dapat membantu menyelesaikan masalah ibu-ibu mengandung yang sering mengalami sakit belakang dan kekejangan kaki.

Bagi masalah kekejangan kaki, ibu-ibu mengandung boleh amalkan pengambilan Ostematrix dan untuk membantu memberi tenaga semasa melahirkan boleh amalkan pengambilan ESP semasa tempoh kehamilan.

Selain senaman, pemakanan seimbang juga perlu bagi memastikan kesihatan ibu dan keperluan nutrien bagi ibu dan bayi terjamin. 

Hubungi segera untuk harga super special!!
Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
Email : kedai.vitamin@yahoo.com

Friday 15 November 2013

Panduan memilih Set Bersalin terbaik

Memilih Set Bersalin merupakan sesuatu yang sukar bagi ibu-ibu kerana terdapat terlalu banyak Set Bersalin di pasaran sekarang.  Info di bawah mungkin dapat membantu anda. 

1. Pastikan budget anda dahulu.
Ibu perlu memastikan budget yang ada untuk mengelakkan sebarang gangguan dalam persiapan bersalin yang lain. Menyambut bayi yang baru lahir memerlukan perbelanjaan yang besar. Berbelanjalah untuk set bersalin mengikut kemampuan anda.

2. Pastikan fungsi setiap produk yang terdapat didalam Set Bersalin.
Jangan beli set bersalin kerana didorong rasa teruja. Memang bila melihat terdapat pelbagai produk dalam set tersebut, hati akan terasa ingin membeli kesemuanya. Tanya pada diri, adakah anda masih boleh menggunakannya walaupun selepas bersalin? Adakah anda benar-benar memerlukannya? 

3. Pastikan kandungan dalam setiap produk tidak memberi kesan negatif kepada ibu.
Sesetengah ibu boleh mengalami sembelit atau cirit birit yang kronik kerana mengambil set bersalin yang tidak sesuai. Pastikan ibu-ibu tahu produk apa yang dibeli dan kesannya.

4. Pastikan produk dalam Set Bersalin tidak mengeringkan susu ibu
Pemulihan badan sememangnya penting untuk ibu, tetapi pastikan ia tidak menjejaskan bekalan susu untuk bayi.

5. Pastikan kandungan dalam setiap produk tidak memberi kesan negatif kepada bayi.
Sesetengah set bersalin mungkin menyebabkan penyakit kuning, cirit birit atau kembung pada bayi. Baca ramuan set bersalin sebelum membeli bagi mengelakkan terjadinya set bersalin yang tidak digunakan kerana tidak sesuai dengan bayi.

6. Selidik dahulu sekiranya produk-produk dalam Set Bersalin boleh dibeli secara berasingan.
Terdapat sesetengah set bersalin yang boleh dibeli secara 'ala-carte' atau berasingan. Ini lebih menjimatkan kerana ibu-ibu boleh membeli set yang betul-betul perlu sahaja.

7. Pastikan pengeluar Set Bersalin tersebut mempunyai latar belakang yang diyakini.
Adakah ibu-ibu lebih cenderung untuk membeli set bersalin yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar kosmetik terkenal atau syarikat pengeluar makanan kesihatan? Ibu-ibu nilaikan sendiri.

8. Pastikan produk mendapat pengesahan badan berkenaan.
Pastikan set bersalin tersebut diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan halal oleh Jakim. Bagi produk luar negara, pastikan ia mendapat pengesahan dari badan yang diiktiraf Jakim.

9. Dapatkan testimoni bagi Set Bersalin berkenaan.
Pasti ada rakan-rakan yang pernah mencubanya, atau google sahaja di internet. Ibu-ibu lain pasti sudi berkongsi pengalaman mereka.

10 . Pastikan anda mendapat jaminan konsultasi semasa pengambilan produk.
Kadangkala ada beberapa effect selepas pengambilan set bersalin yang perlu kita rujuk kembali kepada penjual. Jangan beli dari penjual yang tiada' after sale service', kerana kita mungkin akan memerlukan konsultasi dari mereka.

Masih mencari Set Bersalin yang sesuai? Ingin mencuba Set Bersalin Terbaik?
Ia memiliki semua ciri positif di atas. 
Mereka semua menggunakan Set Bersalin Shaklee yang terjamin selamat dan berkesan.

Hubungi segera untuk tempahan!
Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
Email : kedai.vitamin@yahoo.com



Monday 11 November 2013

6 Pantang Larang Ibu Mengandung

Tempoh kehamilan merupakan saat yang sangat membahagiakan untuk setiap pasangan suami isteri. Terlalu banyak persediaan dan perancangan yang akan diatur bagi memastikan tempoh kehamilan yang dilalui adalah saat-saat yang terindah buat kedua suami isteri. Tetapi, di sebalik perancangan-perancangan tersebut, terdapat pantang-larang yang perlu dipatuhi oleh ibu mengandung.

Ada pantang larang moden dan ada juga pantang larang tradisional. Berikut dikongsikan beberapa pantang larang untuk dijadikan panduan ibu-ibu mengandung semua.

1) Ibu mengandung tidak boleh mengangkat barang berat.
Sebab larangan : Ia boleh memberikan tekanan pada perut si ibu dan boleh menyebabkan keguguran jika rahim ibu lemah.

2) Ibu mengandung tidak boleh makan nenas 
Sebab larangan : Nenas terkenal sebagai makanan yang 'tajam' dan boleh menyebabkan keguguran pada janin. Walau bagaimanapun, ini adalah bergantung kepada daya tahan ibu kerana terdapat ibu-ibu yang memakan nenas pada waktu kehamilan dan tidak terjejas.


3) Elakkan dari bercerita menghebahkan kehamilan sebelum kandungan mencecah 3 bulan ke atas
Sebab larangan : Tempoh 3 bulan yang pertama adalah tempoh yang sangat kritikal dan bayi adalah tidak stabil serta berisiko untuk mengalami keguguran.

4) Dilarang meminum minuman berais 
Sebab larangan : Terdapat kepercayaan yang minuman berais boleh menyebabkan mata bayi sakit dan tidak bersih selepas dilahirkan. Dari segi kesihatan ia sebenarnya tidak baik kerana boleh menganggu urat ibu mengandung.


5) Ibu mengandung tidak dibenarkan untuk mandi malam
Sebab larangan : Dipercayai diganggu makhlus halus, tetapi sebenarnya dibimbangi kesejukan mandi malam akan menyebabkan mudarat pada ibu mengandung.


6) Ibu mengandung dilarang lalu di bawah ampaian kain
Sebab larangan : Orang tua-tua mempercayai ia boleh menyebabkan anak terencat, tetapi sebab yang lebih relevan mungkin untuk mengelakkan kecedaraan pada ibu mengandung memandangkan fizikal ibu yang menyukarkan pergerakannya.

all pic source : google




Sunday 10 November 2013

Pengenalan

Saya Munira Mustafa Kamal merupakan seorang ibu kepada dua orang anak. Saya bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat pengeluar roti dalam bidang ISO dan Halal. Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan yang saya perolehi untuk ibu mengandung dan 
berpantang moden. 

Pengalaman saya mengandung sebanyak 4 kali (2 kali keguguran) sedikit sebanyak mendedahkan saya kepada pengetahuan-pengetahuan berkaitan yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini.

Sebelum ini saya menyangkakan ibu keguguran tidak perlu berpantang, tetapi rupanya ibu keguguran berpantang adalah sama penting dengan berpantang biasa. Pemulihan selepas keguguran membantu memulihkan badan ibu untuk proses mengandung yang seterusnya.

Saya bukan seorang yang pakar dalam bidang ini, tetapi saya percaya, pengalaman saya dan pengalaman saya walaupun sedikit, mampu membantu ibu-ibu di luar sana, terutama bagi ibu-ibu yang pertama kali mengandung. 

Penjagaan ibu mengandung adalah sangat penting kerana ia akan mempengaruhi bagaimana proses kelahiran itu akan berlaku. Pemilihan kaedah bersalin juga memainkan peranan penting, begitu juga dengan 'birth plan' yang mula menjadi amalan ibu-ibu masa kini. "Ini semua akan cuba saya kongsikan di dalam blog ini.

Berpantang masih relevan pada masa kini. Ia membantu ibu-ibu untuk pulih dengan cepat dan menyambung aktiviti seperti biasa. Apabila tempoh berpantang tidak dipatuhi, ia boleh menimbulkan masalah kesihatan pada ibu di kemudian hari, sekaligus menganggu ibu menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Saya sendiri mempunyai seorang kenalan berpangkat kakak yang baru berusia 40-an tetapi sudah mulai bongkok. Menurutnya ini berlaku kerana dia tidak mematuhi larangan semasa berpantang seperti meminum minuman sejuk dn sebagainya. 

Terdapat sesetengah amalan berpantang tradisional yang agak bercanggah dengan perubatan moden seperti larangan minum air dengan banyak dan amalan memakan buah-buahan. Walaupun begitu, kedua-duanya adalah bermatlamatkan kesihatan dan pemulihan badan ibu seperti sediakala. 

Saya berharap kita dapat sama-sama belajar mengenai ibu hamil dan berpantang melalui blog ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...