1) Pam Manual
2) Pam Elektrik Single
3) Pam Elektrik Double
Saya akan kongsikan cara untuk memilih pam susu yang terbaik dalam entri akan datang. Bagi entri kali ini, saya akan kongsikan cara menggunakan pam susu manual. Di antara yang sering digunakan adalah :

AVENT (pic source : google)

MEDELA (pic source : google)

1) Baca arahan yang diberikan pada set pam ibu-ibu.
2) Basuh tangan sebelum menggunakan pam, pastikan pam sudah disteril dahulu (menggunakan air panas atau air rendaman khas)
3) Pasang semua bahagian pada pam
4) Letakkan corong pam pada tengah-tengah payudara.
5) Pam dengan perlahan dahulu. Pam manual agak mudah untuk dikawal berbanding pam elektrik kerana kita mengawal kekuatan mengepam sepenuhnya.
6) Bagi mengelakkan susu dari payudara sebelah lagi meleleh keluar, ada ibu-ibu yang menekapnya menggunakan kain. Saya cadangkan gunakan 'milk collecting shell'.

source : mediacare.ie & e-mumshop.com
7) Pam selama 10-20 minit, berhentilah sekiranya tangan lenguh atau tukar tangan sebelah lagi mengikut keselesaan.
8) Lakukan yang sama untuk kedua-dua belah payudara.
9) Anda boleh mencampurkan susu yang dikumpul dengan 'milk collecting shell' tadi ke dalam botol yang sama dengan susu yang di pam.
10) Cuci alatan mengepam dan keringkan
Video cara penggunaan pam manual
Adakah anda menghadapi masalah kekurangan susu badan?
Sering letih lesu kerana berjaga malam menyusukan bayi?
Mengalami stress dan kelesuan?
Cubalah sekarang!
Hubungi Nia di
012-661 4658
untuk tempahan
No comments:
Post a Comment