Friday 3 January 2014

Tips Bagi Persediaan Penyusuan Badan

Percaya atau tidak, penyusuan susu badan terlalu banyak bergantung kepada kuasa minda. Disebabkan itu, faktor-faktor luaran seperti sokongan orang sekeliling dan persekitaran sangat mempengaruhi stok susu ibu anda.

Apa yang boleh ibu-ibu lakukan ialah dengan mendapatkan sebanyak mungkin info mengenai penyusuan sebelum kelahiran bayi kerana selepas bayi lahir mungkin agak terhad masa untuk ibu-ibu mendapatkan maklumat berkaitan.

Berikut adalah sedikit tips untuk penyusuan yang berkesan:



1. Mencari info secara berterusan 

Semasa kehamilan - pasangkan niat dan keazaman untuk menyusukan bayi selepas dia dilahirkan. Sertai kelas penyusuan susu ibu yang dijalankan sebaiknya bersama suami kerana anda paling memerlukan sokongan darinya nanti.
Selepas kelahiran - anda mungkin telah mengenalpasti beberapa masalah dalam penyusuan sekarang, usahakan mencari info melalui internet atau lebih baik lagi buku-buku berkaitan.

Sertai forum dan group penyusuan ibu di internet atau FB, seperti 
atau susuibu.com.

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan, anda boleh mendapatkan info lanjut daripada kaunselor atau pakar laktasi. Ia boleh didapati dengan merujuk pada klinik-klinik kerajaan.

2. Permulaan yang baik
Pastikan ibu-ibu terus menyusukan bayi secara direct feed setiap masa, sekurang-kurangnya sepanjang tempoh berpantang. Kuatkan semangat dan jangan mudah mengalah kerana keadaan akan menjadi lebih baik setelah ibu-ibu dan bayi menyesuaikan diri dengan rutin tersebut. Rasa kekok dan sedikit tertekan mungkin dihadapi oleh sesetengah ibu, terutamanya bagi yang pertama kali menjadi ibu, jangan risau dan teruskan penyusuan. 

Ibu-ibu digalakkan tidur bersama bayi bagi memudahkan penyusuan di waktu malam. Lebih kerap penyusuan berlaku, lebih tinggi kemungkinan untuk ia berjaya. Cuba elakkan dari memberi susu formula jika tiada keperluan yang mendesak kerana ianya boleh menjejaskan penyusuan susu ibu. Pemberian puting kosong juga patut dihindari.

Sekiranya perlu untuk memberi susu ibu melalui botol, gantikannya dengan menggunakan picagari, sudu khas, susu atau cawan khas.

3. Menyimpan stok susu.
Ini kritikal bagi ibu yang bekerja. Stok susu yang mencukupi adalah perlu kerana mungkin susu yang dipam tidak mencukupi untuk keperluan harian bayi. Usahakan untuk mengepam susu yang bukan saja untuk kegunaan hari berikutnya, tetapi mempunyai baki untuk dibuat stok.

4. Peralatan penyusuan yang perlu sahaja
Jangan beli produk yang tidak diperlukan kerana wang tersebut lebih baik sekiranya dilaburkan untuk pembelian produk lain yang lebih penting. Tetapkan keutamaan pada produk yang menjadi keutamaan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda tidak begitu menggemari penggunaan nursing pillow, tidak perlu membelinya kerana ia akhirnya tidak akan digunakan. 
5. Maklumkan kepada majikan

Maklumkan kepada majikan yang anda perlu mengambil sedikit masa bekerja untuk mengepam susu, tetapi awas, jangan sesekali menyalahgunakan kelonggaran yang diberi kerana ia boleh menyebabkan majikan anda menarik balik kemudahan tersebut.
Tidak semua tempat kerja menyediakan ruang khas untuk ibu-ibu menyusu mengepam. Kebanyakkan ibu mengambil alternatif sendiri dengan mengepam didalam surau atau pantry. Cuba suarakan kepada majikan mengenai keperluan ini.

Waktu bekerja biasa adalah 8 jam sehari, maka tempoh mengepam yang ideal adalah 2-3 jam sekali.

6. Hindari stress
Ibu mungkin akan mengalami beberapa perkara yang boleh menyebabkan dirinya stress dan menjejaskan pengeluaran susu ibu. Namun sebenarnya, memerah susu ibu mampu menjadikan ibu lebih tenang.Cuba cari kaedah yang sesuai untuk anda, seperti mengepam dengan alunan zikir atau muzik. Anda juga boleh mengepam dengan menatap gambar si comel anda atau bayangkan si comel sedang menghisap susu anda semasa anda mengepam.

7. Pemakanan secara sihat
Pastikan ibu-ibu makan diet yang seimbang di waktu yang sepatutnya (sarapan, makan tengahari, makan malam dsb). Berdiet tidak begitu sesuai ketika ini, tetapi terdapat alternatif seperti set slimming ibu menyusu yang ideal untuk ibu menyusu yang ingin berdiet.
Ibu-ibu juga boleh amalkan pengambilan set breastfeeding  bagi membantu penyusuan dan kesihatan ibu.

Hubungi segera untuk tempahan!!

Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
Email : kedai.vitamin@yahoo.com
atau isi borang


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...