Wednesday 20 November 2013

Nursing Strike : Bila Bayi Tidak Mahu Menyusu Badan

Sejurus selepas melahirkan, jururawat akan memberikan bayi kepada ibu untuk disusukan secepat mungkin. Menyusukan bayi mungkin tidak mendatangkan sebarang masalah pada mulanya. Tetapi setelah beberapa lama, ada sesetengah bayi yang akan menolak untuk disusukan. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor :

1) Bayi berpisah dengan ibu untuk jangkamasa yang panjang
2) Bayi mengalami sakit mulut (tumbuh gigi atau sakit bahagian mulut)
3) Bayi mengalami selsema dan hidung tersumbat
4) Bayi tidak suka dengan bau minyak wangi atau losyen yang digunakan ibu
5) Keadaan persekitaran yang bising atau tidak selesa untuk bayi
6) Rutin bayi yang terganggu disebabkan oleh aktiviti di sekelilingnya
7) Bayi telah mula diberikan susu formula
8) Bayi selalu tidak dipedulikan bila dia minta disusukan.

Apabila sampai ke peringkat 'Late Cues" bayi perlu dipujuk dan dibelai dahulu sebelum disusukan kerana dia sudah sampai ke peringkat merajuk akibat terlalu lama dibiarkan

'Nursing strike' yang dialami adalah lebih kritikal daripada keadaan poster yang ditunjukkan di atas kerana ia kadangkala boleh mengakibatkan bayi kelaparan tetapi dia masih tidak mahu menyusu badan.

Diantara kaedah yang boleh digunakan untuk membantu masalah 'nursing strike' ini ialah : 
1) Cuba menyusui bayi ketika dia sangat mengantuk atau mahu tidur. 
2) Bawa bayi untuk pemeriksaan doktor bagi memastikan dia tidak sakit mulut atau telinga
3) Cuba tukar cara posisi anda menyusui bayi :
4) Susukan bayi sambil berjalan-jalan atau membawanya berbuai. Terdapat juga bayi yang mahu menyusu ketika berada di dalam kereta.
5) Tukar persekitaran menyusukan bayi, walaupun baik untuk kita kekal menyusukan bayi di tempat yang sama, sekiranya bayi mula menunjukkan tanda-tanda penolakan, adalah baik sekiranya menukar kepada persekitaran yang lebih senyap, gelap dan dingin.
6) Banyakkan 'skin to skin contact' iaitu persentuhan yang kerap antara ibu dan bayi. Terdapat satu kaedah untuk menggalakkan penyusuan, iaitu ibu menyusui bayi dalam keadaan tidak memakai baju dan begitu juga bayi. Persentuhan ini akan membentuk satu perasaan emosi yang membantu penyusuan.

'Nursing strike' akan menyebabkan ibu dan bayi sama-sama menjadi kurang selesa. Ibu boleh cuba memastikan emosi bayi tidak terjejas dengan memberikan lebih perhatian kepadanya.

Selain itu, pantau berapa kerap dia membuang air besar atau kecil kerana ini akan menjadi petanda samada susu yang didapatinya mencukupi atau tidak. Gunakan lampin kain atau 'cloth diaper' untuk memudahkan pemantauan.

Apa yang penting, ibu perlu bersabar dan ingat yang ini semua hanyalah untuk sementara. Teruskan menyusui bayi anda dan jangan berputus asa. Akhirnya bayi akan mengalah dan mengikut rutin menyusu yang telah anda aturkan, insya'Allah.

Sekiranya anda risaukan keadaan bayi, boleh terus berjumpa doktor untuk pemeriksaan.


Ingin mendapatkan Set Breastfeeding Shaklee + konsultasi percuma?
Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
Email : kedai.vitamin@yahoo.com




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...