Monday 30 December 2013

Teknik Bernafas Ketika Bersalin

Kita biasa mendengar wanita bersalin ada cara bernafasnya sendiri, ini adalah bertujuan bagi memastikan ibu menyerap oksigen pada kadar maksima untuk dirinya dan bayi. Ia juga digunakan sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kesakitan kontraksi.

Ibu yang dalam keadaan stress atau takut akan mula hilang ritma pernafasannya, ia akan menjadi lebih pendek dan deras. Ini boleh menyebabkan pernafasan menjadi tercungap-cungap. Ini juga akan menyebabkan kurangnya oksigen untuk anda dan bayi. Ia boleh memburukkan keadaan dan ibu akan menjadi bertambah letih. 

Apa yang penting ibu perlu bertenang dan mengatur kembali ritma pernafasannya. Pastikan ibu menghembus nafas lebih panjang berbanding dengan semasa menarik nafas.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh dipraktikkan untuk bernafas ketika kelahiran :



1) Teknik ReLaks atau Doa Nabi Yunus
Tenangkan fikiran dan fikirkan perkataan dengan dua suku kata RE - LAKS, bagi yang beragama Islam boleh cuba bahagikan doa nabi Yunus ini dalam dua bahagian. Sebut suku kata pertama semasa menarik nafas dan suku perkataan kedua semasa menghembus nafas. Lepaskan semua perasaan stress semasa menghembus nafas.

2) Teknik Mengira
Kira 1-3 semasa menarik nafas dan 1-4 semasa menghembus nafas. 
3) Tarik dan Hembus
Tarik nafas melalui hidung dan hembus ia keluar melalui mulut. 



Tempahlah Set Bersalin Shaklee Super Premium anda sekarang!
|Nia -Shaklee Independent Distributor | 
(ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
Email : kedai.vitamin@yahoo.com
atau isi borang


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...