Thursday 12 December 2013

Ibu Hamil dan Mandi Serung

Mandi serung merupakan amalan mandi air rebusan herba selepas bersalin. Walaupun ia boleh dianggap warisan tradisional, ia masih praktikal untuk dilakukan oleh ibu moden. Di antara tujuan mandi serung :

1) Melancarkan perjalanan darah
2) Mewangikan tubuh badan
3) Memanaskan badan
4) Mencantikkan kulit

Cara penyediaannya agak mudah, tetapi mungkin agak mencabar sekiranya tinggal di bandar-bandar besar. Ia memerlukan : 


Daun Bunga Raya (source)


Daun Jambu (source)

Daun Pandan (source)

Serai Wangi (source)

Daun Lengkuas (source)

Daun Mengkudu (source)

Halba (source)
Cara penyediannya :
1) Rebus semua bahan-bahan di atas (boleh pilih untuk racik daun-daun yang agak besar)
2) Tutup api selepas air mendidih.
3) Tapis air rebusan
4) Campurkan dengan air sejuk kalau air terlalu panas
5) Siap untuk mandi.

Kesannya sama seperti mandi herba di spa atau salun. Ia juga sangat menjimatkan. Secara alternatif, sekiranya menghadapi kesukaran untuk mencari daun-daun dan tidak mempunyai masa untuk penyediannya, boleh gunakan pek herba yang banyak terdapat  di pasaran. Ia menyerupai uncang teh, cuma agak besar kerana digunakan untuk satu kali mandian.

Inginkan Set Bersalin Moden yang sesuai untuk ibu berpantang sendiri?

Hubungi sekarang untuk tempahan dan konsultasi percuma!!
Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
Email : kedai.vitamin@yahoo.com
atau isi borang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...