Friday 13 December 2013

Petua Banyakkan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya



Ramai ibu-ibu yang baru melahirkan akan teruja untuk menyusukan bayi mereka. Samada ia disebabkan oleh peraturan hospital atau keazaman ibu itu sendiri, ia tetap menjadi satu pengalaman yang berharga. Apa yang patut dilakukan untuk banyakkan susu? Pada peringkat awal, jangan terlalu risau sekiranya susu kurang, kerana bayi yang baru lahir tidak memerlukan banyak susu.

Tetapi, bagi ibu yang bekerjaya, adalah amat penting untuk memperbanyakkan susu kerana pada kebiasaannya setelah tamat tempoh berpantang dan memulakan kerja, ibu sudah tidak lagi 'direct feed' dengan bayi kecuali di waktu malam. Ini boleh menyebabkan kurangnya rangsangan untuk menghasilkan susu dihantar ke otak. 

Kerap mengepam dan mengosongkan payudara boleh membantu memperbanyakkan penghasilan susu badan, tapi tidak dinafikan rangsangan melalui hisapan bayi adalah yang terbaik. 

Saya seringkali mendapat komen daripada ibu-ibu yang mengatakan mereka menjadi terlalu letih kerana terpaksa bangun malam untuk menyusukan bayi dan keadaan mereka semasa menyusukan bayi adalah lebih meletihkan berbanding dengan semasa mereka tidak menyusukan bayi. Keletihan dan stress dengan pekerjaan adalah faktor utama yang menyebabkan penghasilan susu menjadi merundum.

Antara permasalahan utama yang dialami oleh ibu-ibu berkerjaya yang menyusu yang menyebabkan susu kurang ialah :

1) Stress dengan pekerjaan 
2) Keletihan kerana berjaga malam untuk menyusukan anak
3) Hilang fokus dalam pekerjaan

Disini terdapat 10 jenis herba yang terkenal sebagai penggalak susu :

1) Alfalfa: Makanan Tambah  Susu Ibu yang popular. Ia boleh diambil dalam bentuk asal, kapsul atau biji benih. Tidak digalakkan untuk orang yang menghidap SLE atau allergic terhadap alfalfa.
2) Jintan Manis
3) Blessed thistle
4) Dill (seperti ketumbar)
5) Fennel
6) Halba
7) Milk thistle
8)  Oatmeal
9)Vervain
10) Nettle
Herba-herba yang biasa digunakan dalam masakan agak mudah didapati, tetapi penyediannya agak rumit. Kini, terdapat alfalfa dalam bentuk tablet yang boleh digunakan secara kombinasi dengan ESP Shaklee bagi menggalakkan penghasilan susu. Tetapi, mesti disertakan dengan mengepam setiap 3-4 jam sekali dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.

Hubungi sekarang untuk tempahan dan konsultasi percuma!!
Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
Email : kedai.vitamin@yahoo.com
atau isi borang





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...